Ayo menyumbang

Ayo menyumbang

Peluang Amal Jariyah

Peluang Amal Jariyah

Tuesday, May 5, 2015

Nasihat Imam Abu Hanifah


Imam mazhab yang pertama adalah Abu Hanifah Nu'man bin Tsabit. Para muridnya telah meriwayatkan berbagai macam perkataan dan pernyataan beliau yang seluruhnya mengandung satu tujuan, iaitu kewajiban berpegang pada Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan meninggalkan sikap membela pendapat-pendapat para imam bila bertentangan dengan Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Ucapan beliau.
  • " Jika suatu Hadis itu sahih, maka itulah mazhabku".1
  • "Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya" 2
  • Pada riwayat lain dikatakan bahawa beliau mengatakan: "Orang yang tidak mengetahui dalilku, haram baginya menggunakan pendapatku untuk memberikan fatwa". Pada riwayat lain ditambahkan: "Kami hanyalah seorang manusia. Hari ini kami berpendapat demikian tetapi besok kami mencabutnya". Pada riwayat lain lagi dikatakan: "Wahai Ya'qub (Abu Yusuf), celakalah kamu! Janganlah kamu tulis semua yang kamu dengar dariku. Hari ini saya berpendapat demikian, tapi hari esok saya meninggalkannya. Besok saya berpendapat demikian, tapi hari berikutnya saya meninggalkannya".3
  • "Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, tinggalkanlah pendapatku itu" 4
Disalin dari Mukadimah Shifatu Shalati An-Nabiyyi Shallallahu ‘alaihi wa sallama min At-takbiri ilaa At-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa edisi Indonesia Sifat Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani
-----------------------------------------------------------------
  1. Ibnu Abidin dalam kitab Al-Hasyiyah (I/63) dan Kitab Rasmul Mufti (I/4) dari kumpulan-kumpulan tulisan Ibnu Abidin. Juga oleh Syeikh Shalih Al-Filani dalam Kitab Iqazhu Al-Humam hal. 62 dan lain-lain, Ibnu Abidin menukil dari Syarah Al-Hidayah, karya Ibnu Syhahnah Al-Kabir, seorang guru Ibnul Humam, yang berbunyi.
    "Bila suatu Hadis sahih sedangkan isinya bertentangan dengan mazhab kita, yang diamalkan adalah Hadis". Hal ini merupakan mazhab beliau dan tidak boleh seorang muqallid menyalahi Hadis sahih dengan alasan dia sebagai pengikut Hanafi, sebab secara sah disebutkan dari Imam Abu Hanifah bahawa beliau berpesan: "Jika suatu Hadis itu sahih, itulah mazhabku". Begitu juga Imam Ibnu Abdul Barr meriwayatkan dari Abu Hanifah dan para imam lain pesan semacam itu.
    Menurut Muhammad Nasiruddin Al-Albani: Hal ini menunjukkan kesempurnaan ilmu dan ketaqwaan mereka. Mereka mengisyaratkan bahawa mereka tidaklah menguasai semua Hadis. Hal ini dengan tegas dinyatakan oleh Imam Syafie seperti akan tersebut di belakang nanti. terkadang  di antara para imam itu pendapatnya menyalahi Hadis kerana hal itu belum sampai kepada mereka. Oleh kerana itu, mereka menyuruh kita untuk berpegang pada Hadis dan menjadikannya sebagai mazhab mereka.
  2. Ibnu 'Abdul Barr dalam kitab Al-Intiqa fi Fadhail Ats-Tsalasah Al-Aimmah Al-Fuqaha hal. 145, Ibnul Qayyim, I'lamul Muwaqqi'in (II/309), Ibnu 'Abidin dalam Hasyiyah Al-Bahri Ar-Raiq (VI/293), dan Rasmu Al-Mufti hal. 29 dan 32, Sya'rani dalam Al-Mizan (I/55) dengan riwayat kedua, sedang riwayat ketiga diriwayatkan Abbas Ad-Darawi dalam At-Tarikh, karya Ibnu Ma'in (VI/77/1) dengan sanad sahih dari Zufar. Semakna dengan itu diriwayatkan dari beberapa orang sahabatnya, iaitu Zufar, Abu Yusuf, dan Afiyah bin Yazid, seperti termaktub dalam Al-Iqazh hl. 52. Ibnu Qayyim menegaskan sahihnya riwayat ini dari Abu Yusuf (II/344) dan memberi keterangan tambahan dalam Ta'liqnya terhadap kitab Al-Iqazh hal. 65, dikutip dari Ibnu 'Abdul Barr, Ibnul Qayyim dan lain-lain. 
  3. Menurut Muhammad Nasiruddin Al-Albani: Kerana imam ini sering kali mendasarkan pedapatnya pada qiyas, kerana ia melihat qiyas itu lebih kuat; atau telah sampai kepadanya Hadis Nabi, lalu ia ambil Hadis ini, lalu dia meninggalkan pendapatnya yang terdahulu. Sya'rani, dalam kitab Al-Mizan (I/62), berkata yang ringkasnya.
    "Keyakinan kami dan keyakinan semua orang yang arif tentang Imam Abu Hanifah ialah jika beliau masih hidup sampai masa pembukuan Hadis dan sesudah ahli Hadis menjelajah semua negeri dan pokok wilayah Islam untuk mencarinya, niscaya beliau akan berpegang pada Hadis-Hadis dan meninggalkan setiap qiyas yang dahulu digunakannya, sehingga qiyas hanya sedikit dipakai pada mazhab beliau sebagaimana pada mazhab-mazhab lainnya. Akan tetapi, kerana pada masanya dalil-dalil Hadis ada pada para pengikutnya yang terpencar-pencar di berbagai kota, kampung, dan pelusuk negeri Islam, penggunaan qiyas pada mazhab Hanafi lebih banyak dibanding dengan mazhab lainnya, kerana keadaan terpaksa, sebab tidak ada nash tentang masalah-masalah yang beliau tetapkan berdasarkan qiyas. Hal ini berlainan dengan mazhab-mazhab lain. Para ahli hadis pada saat itu telah menjelajah berbagai penjuru wilayah Islam untuk mencari Hadis dan mengumpulkannya dari berbagai kota dan kampung sehingga Hadis-hadis tentang hukum dapat dikumpul semuanya. Inilah yang menjadi sebab banyaknya pemakaian qiyas dalam mazhab beliau, sedangkan pada mazhab-mazhab yang lain sedikit.
    Sebagian besar dari pendapat-pendapat Hanafi ini dinukil oleh Abu Al-Hasanat dalam kitab An-Nafi' Al-Kabir hal. 135 dan beliau memberi komentar dengan keterangan yang dapat mejelaskan dan menguatkan pendapatnya. Silakan baca kitab tersebut.
    Menurut Muhammad Nasiruddin Al-Albani: Menjadi suatu uzur dari Abu Hanifah bila pendapatnya ternyata bertentangan dengan Hadis-hadis sahih dan uzur dia ini pasti termaafkan. Allah tidak memaksa seseorang di luar kemampuannya. Jadi, beliau tidak boleh dicerca dalam hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh sebagian orang yang bodoh. Orang justru wajib hormat kepada beliau, sebab dia adalah salah seorang di antara imam kaum muslimin yang telah memelihara agama ini dan menyampaikan kepada kita berbagai bagian dari agama. Beliau mendapat pahala atas segala usahanya, yang benar atau yang keliru. Di samping itu, tidak seseorang yang menghormati beliau boleh terus meneru berpegang pada pendapat-pendapat beliau yang bertentangan dengan Hadis-hadis sahih, sebab cara semacam itu bukanlah mazhabnya, sebagaimana telah Anda lihat sendiri pernyataan-pernyataanya dalam hal ini. Mereka para imam yang saling berbeda pendapat itu, ibarat lembah-lembah dan kebenaran bisa ada pada lembah yang satu atau mungkin pada lembah lainnya. Oleh kerana itu, wahai Tuhan kami ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan; janganlah Engkau jadikan hati kami dengki kepada orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. Al-Filani  dalam kitab Al-Iqazh hal. 50, menisbatkannya kepada Imam Muhammad juga, kemudian ujarnya.
    "Hal semacam ini dan lain-lainnya yang serupa bukanlah menjadi sifat mujtahid, sebab dia tidak mendasarkan hal itu pada pendapat mereka, bahkan hal semacam ini merupakan sifat muqallid".
    Menurut Muhammad Nasiruddin Al-Albani: Berdasarkan hal di atas, Sya'rani dalam Kitab Al-Mizan (I/26) berkata: "Jika saya berkata, apa yang harus saya lakukan terhadap Hadis-hadis sahih setelah kematian imamku, di mana beliau dahulu tidak mengambil Hadis tersebut".
    Jawabnya: Anda seharusnya mengamalkan Hadis tersebut, sebab sekiranya imam Anda mengetahui Hadis-hadis itu dan menurutnya sahih, barangkali beliau akan menyuruh Anda juga berbuat begitu sebab para imam itu semuanya terikat kepada Syari'at. Barangsiapa yang mengikuti hal itu, kedua tangannya akan meraih kebajikan. Akan tetapi, barangsiapa yang mengatakan: "Saya tidak mahu mengamalkan suatu Hadis kecuali kalau hal itu diamalkan oleh imam saya", akan kehilangan kesempatan untuk mendapatkan kebaikan, seperti yang banyak dilakukan oleh orang-orang yang taqlid kepada imam mazhab. Yang lebih utama untuk mereka adalah mengamalkan setiap Hadis yang sahih yang ada sepeninggal imam mereka, demi melaksanakan pesan para imam tersebut. Menurut keyakinan kami, sekiranya mereka itu masih hidup dan mendapatkan Hadis-hadis yang sahih sepeninggal mereka ini, niscaya mereka akan mengambilnya dan melaksanakan isinya serta meninggalkan semua qiyas yang dahulu pernah mereka lakukan atau setiap pendapat yang dahulu pernah mereka kemukakan.


Baca Ini Juga

Memuat...
Copyright © 2014 Blogger Bumi Lasinrang. All Rights Reserved. Template by CB Blogger. Powered by Blogger.